Bismillah…
Dalam dunia ni setiap bnda ada pasangan, dah di cipta dengan cara camtu oleh Illahi.. biar pun yg nyata atau pun yang maya.. hmm, keliru jugak ayat wan nih.. sedang kat hati kita sndiri pn yang 1 ini pn ada belahannya dan stiap satu ada pasangan nya.. ini bukan bermaksud hati itu di belah atau di potong sampai 3.. ia nya hati perasan kita.. iaitu suka, sayang dan cinta..
SUKA
Suka adalah perasaan yang ringan dalam hidup ini, apabila melihat bnda, perkara atau sesuatu yang menarik pada hati kita, maka kita berminat tehadap nya maka itu di namakan suka.. biar pun begitu subjek ini juga boleh di letak kan pada sesiapa atau orang.. contoh nya suka berkawan dgn seseorang, suka mnjadi rakan sekelas nya atau suka melihat wajahnya..
Sudah jelas di sini menunjuk kan suka hanya lah sekadar suka.. masih belum meletakkan harapan pada sesuatu atau seseorang itu untuk hadir dalam hidup kita..
SAYANG
Sayang pula adalah perasaan yang lebih serius pada diri kita.. kita ambil berat tntang nya, kita mnjaga keadaan nya dgn baik malah kita sentiasa berusaha membantu dalam hidupnya. Perasaan ini lebih major atau cenderung kepada pihak manusia yang lain.. contohnya, keluarga, teman wanita/lelaki, suami/isteri dan pelbagai lagi yang lebih jelas mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang itu..
Tetapi masih belum sampai ke tahap yang lebih mempengaruhi dalam hidup kita.. ia hanya membantu sedikit dalam perkembangan diri sndiri..
CINTA
Cinta adalah perasaan sayang yang paling kuat dalam hidup manusia.. sehinggakan mempengaruhi segala aktivi seharian seseorang itu. Lebih lagi ia perasaan merendah kan diri terhadap sesuatu sehingga segalanya dalam hidup seseorang itu adalah berdasarkan tuntutan atau arahan daripada perkara yang kita cintai itu.. Mudah sekali adalah cinta kepada Tuhan yang menciptakan segalanya.. Tuhan adalah pihak yang paling mmpengaruhi kehidupan seharian.. cara hidup pun telah di aturkan oleh-Nya dari dahulu lagi.. Halal haram sudah di tentukan Nya.. maka sesiapa yang melanggar nya, dia tidak mncintai Tuhan nya..
Konklusinya, sebagai manusia sememangnya sudah diberi akal fikiran mana yang suka, sayang atau cinta.. Jadi jangan sekali-kali mencintai selain daripada Tuhan Yang Maha Agung dan jangan lah menganggap disukai itu bermaksud kita di sayangi..
Wallahua’lam..
No comments:
Post a Comment